Assalamualaikum wbt.....
Minggu-minggu akhir ni sangat sibuk menyiapkan projek akhir. Namun bak kata pensyarah saya, kita harus pandai mencuri masa sendiri. Di kesempatan ini, saya ingin mencoretkan tentang ukhwah persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT. Sepanjang hidup saya, saya amat bergantung dengan keluarga dan kawan-kawan. Saya seorang yang suka mencari teman kerana saya tidak suka keseorangan. Sebenarnya kehadiran seorang teman sangat penting dalam hidup kita semua. Cuba kita bayangkan bagaimana hidup kita tanpa ada seorang pun teman disisi. Apakah kita mampu berbahagia? Sememangnya bahagia kita tidak sama. Kita berbahagia dengan cara kita tersendiri. Namun dengan hadirnya insan bergelar teman, akan menambahkan lagi sinar kebahagiaan kita. Suka saya nak ceritakan disini bahawa betapa Allah telah hadirkan ramai teman-teman yang sejati sepanjang perjalanan hidup saya. Teman yang paling lama saya kenal ialah Monawarah iaitu teman sejak TABIKA lagi. Kami berdua masih rapat sehingga kini walaupun takdir memisahkan kami selepas tamatnya STPM. Segala kenangan pahit manis dengannya masih segar diingatan, lebih-lebih lagi kenangan semasa di sekolah rendah. Masa yang berlalu tidak pernah menjarakkan hubungan kami.
Makin saya meningkat dewasa, makin ramai teman yang baik Allah hadirkan. Teman yang sentiasa membimbing saya ke arah kejayaan. Semasa di tingkatan 1, saya mulai mengenali Ratna, Farina, Umi, Rozma, Zulaiha dan Sherrie. Mereka golongan yang sering memberi semangat untuk saya sentiasa maju dalam pelajaran dan hidup. Kerana bimbingan itu, saya berada di mana saya berada sekarang. Namun kerana masa depan dan cita-cita, kami dipisahkan oleh jarak beribu batu. 4 orang daripada mereka menuntut di IPG yang berlainan iaitu di Sibu, Kuching, Johor dan Ipoh. Seorang lagi baru sahaja menghabiskan diploma dalam Kejuruteraan Kimia di UiTM Samarahan manakala saya dan seorang lagi ditakdirkan menuntut di UPSI. Walaupun menuntut di tempat yang sama, kami tetap tidak punya masa untuk meluangkan masa bersama. Masa yang ada untuk kami berkumpul bersama hanyalah pada hari raya.
Masuk ke tingkatan 6 pula, saya ditemukan lagi dengan insan yang baik sebagai teman. Mereka yang dulu tidak pernah bertegur sapa dengan saya kini menjadi sahabat baik. Siapa menyangka orang yang pernah mempunyai masalah dengan saya suatu ketika dahulu Allah tetapkan sebagai sabahat yang begitu baik. Mereka ialah Nadiahafiza, Aisya Habibu dan Fazira. Sepanjang pengajian saya di tingkatan 6, merekalah yang banyak membantu memberi semangat kepada saya. Merekalah teman yang membimbing saya menuju kebaikan. Kami sama-sama berubah ke arah yang lebih baik iaitu dengan mengejar redha Allah. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dipertemukan dengan mereka.
Dan disini, iaitu di UPSI, saya dipertemukan pula dengan rakan seperjuangan yang sentiasa menceriakan hari-hari dan memberi semangat kepada saya. Mereka yang saya maksudkan ialah Izana, Dekna dan Farah. Walaupun baru sahaja mengenali antara satu sama lain 3 bulan yang lepas, tetapi kami sudah seperti adik-beradik yang telah kenal lama. Merekalah tempat saya mengadu segala kesedihan dan kegembiraan. Dan merekalah rakan seperjuangan saya hari ini esok dan 3 tahun akan datang.
Bukanlah mereka sahaja sahabat yang pernah hadir. Namun masih banyak yang saya tidak masukkan dalam coretan ini. Kerana hidup saya dikelilingi para sahabat yang baik-baik dan saya percaya pertemuan kami telah dirancang elok oleh Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah. Tiada lain doa saya buat sahabat tercinta, semoga berjaya dunia dan akhirat. Pesanan buat mereka, "Kejarlah akhirat nescaya akan kamu dapat jua dunianya"...........




No comments:
Post a Comment