Assalamualaikum wbt.....
Minggu-minggu akhir ni sangat sibuk menyiapkan projek akhir. Namun bak kata pensyarah saya, kita harus pandai mencuri masa sendiri. Di kesempatan ini, saya ingin mencoretkan tentang ukhwah persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT. Sepanjang hidup saya, saya amat bergantung dengan keluarga dan kawan-kawan. Saya seorang yang suka mencari teman kerana saya tidak suka keseorangan. Sebenarnya kehadiran seorang teman sangat penting dalam hidup kita semua. Cuba kita bayangkan bagaimana hidup kita tanpa ada seorang pun teman disisi. Apakah kita mampu berbahagia? Sememangnya bahagia kita tidak sama. Kita berbahagia dengan cara kita tersendiri. Namun dengan hadirnya insan bergelar teman, akan menambahkan lagi sinar kebahagiaan kita. Suka saya nak ceritakan disini bahawa betapa Allah telah hadirkan ramai teman-teman yang sejati sepanjang perjalanan hidup saya. Teman yang paling lama saya kenal ialah Monawarah iaitu teman sejak TABIKA lagi. Kami berdua masih rapat sehingga kini walaupun takdir memisahkan kami selepas tamatnya STPM. Segala kenangan pahit manis dengannya masih segar diingatan, lebih-lebih lagi kenangan semasa di sekolah rendah. Masa yang berlalu tidak pernah menjarakkan hubungan kami.
Makin saya meningkat dewasa, makin ramai teman yang baik Allah hadirkan. Teman yang sentiasa membimbing saya ke arah kejayaan. Semasa di tingkatan 1, saya mulai mengenali Ratna, Farina, Umi, Rozma, Zulaiha dan Sherrie. Mereka golongan yang sering memberi semangat untuk saya sentiasa maju dalam pelajaran dan hidup. Kerana bimbingan itu, saya berada di mana saya berada sekarang. Namun kerana masa depan dan cita-cita, kami dipisahkan oleh jarak beribu batu. 4 orang daripada mereka menuntut di IPG yang berlainan iaitu di Sibu, Kuching, Johor dan Ipoh. Seorang lagi baru sahaja menghabiskan diploma dalam Kejuruteraan Kimia di UiTM Samarahan manakala saya dan seorang lagi ditakdirkan menuntut di UPSI. Walaupun menuntut di tempat yang sama, kami tetap tidak punya masa untuk meluangkan masa bersama. Masa yang ada untuk kami berkumpul bersama hanyalah pada hari raya.
Masuk ke tingkatan 6 pula, saya ditemukan lagi dengan insan yang baik sebagai teman. Mereka yang dulu tidak pernah bertegur sapa dengan saya kini menjadi sahabat baik. Siapa menyangka orang yang pernah mempunyai masalah dengan saya suatu ketika dahulu Allah tetapkan sebagai sabahat yang begitu baik. Mereka ialah Nadiahafiza, Aisya Habibu dan Fazira. Sepanjang pengajian saya di tingkatan 6, merekalah yang banyak membantu memberi semangat kepada saya. Merekalah teman yang membimbing saya menuju kebaikan. Kami sama-sama berubah ke arah yang lebih baik iaitu dengan mengejar redha Allah. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dipertemukan dengan mereka.
Dan disini, iaitu di UPSI, saya dipertemukan pula dengan rakan seperjuangan yang sentiasa menceriakan hari-hari dan memberi semangat kepada saya. Mereka yang saya maksudkan ialah Izana, Dekna dan Farah. Walaupun baru sahaja mengenali antara satu sama lain 3 bulan yang lepas, tetapi kami sudah seperti adik-beradik yang telah kenal lama. Merekalah tempat saya mengadu segala kesedihan dan kegembiraan. Dan merekalah rakan seperjuangan saya hari ini esok dan 3 tahun akan datang.
Bukanlah mereka sahaja sahabat yang pernah hadir. Namun masih banyak yang saya tidak masukkan dalam coretan ini. Kerana hidup saya dikelilingi para sahabat yang baik-baik dan saya percaya pertemuan kami telah dirancang elok oleh Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah. Tiada lain doa saya buat sahabat tercinta, semoga berjaya dunia dan akhirat. Pesanan buat mereka, "Kejarlah akhirat nescaya akan kamu dapat jua dunianya"...........
Warna Warni Kehidupan
Sunday, 4 December 2016
Wednesday, 23 November 2016
SATU LANGKAH KE HADAPAN
Assalamualaikum wbt, coretan ini buat tatapan insan yang sering kali merasakan dirinya gagal tapi sebenarnya dia sedang melangkah menuju kejayaan. Semua ini adalah coretan tentang pengalaman yang telah saya lalui sebelum ini. Sepanjang hidup ni, pelbagai kegagalan dan kejayaan yang telah saya lalui. Sebab sememangnya lumrah kita hidup didunia yang diumpamakan sebagai roda, di mana kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang di bawah. Tidak dapat dinafikan bahawa saya seorang yang mudah rasa kecewa dan menyerah kalah. Akan tetapi, setiap kegagalan yang telah saya lalui mengajar saya untuk lebih matang menghadapi cabaran mendatang. Lahir daripada keluarga yang sederhana tidak memutuskan semangat saya untuk belajar. Ibu bapa bukanlah orang berada yang bekerja kerajaan atau bekerja sebagai pegawai. Bapa saya bekerja sebagai buruh manakala ibu pula suri rumah. Namun dari kecil saya telah dididik oleh mereka berdua untuk mementingkan ilmu pengetahuan. Sehingga kini mereka berdua tidak pernah memutuskan semangat saya untuk belajar walaupun perbelanjaan untuk membiayai pembelajaran agak tinggi.
Kesusahan ibu bapa menjadi dorongan utama untuk saya belajar bersungguh-sungguh. Saya mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Spaoh. Disitu menjadi satu cabaran untuk saya belajar bahasa asing iaitu Bahasa Cina. Namun masa 6 tahun saya belajar disitu telah membuktikan bahawa tiada perkara yang susah sekiranya kita belajar. Saya bersaing dengan murid yang berbilang kaum seperti Iban dan Cina dan saya berjaya menempah kejayaan di sekolah tersebut dengan mendapat 6A 1C dalam UPSR. Saya meneruskan pembelajaran sehingga ke tingkatan 5 seperti biasa. Keputusan PMR saya telah membolehkan saya masuk dalam kelas sains tulen di tingkatan 4 dan 5. Dengan tamatnya SPM, maka bermulalah cabaran di luar buat saya. Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang guru dan membuat keputusan untuk memohon Institut Pendidikan Guru sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian. Saya dan 6 orang lagi rakan sama-sama memohon tetapi alangkah kecewanya saya bila keenam-enam rakan saya lulus ujian bertulis dan ujian fizikal yang membolehkan mereka pergi ke peringkat yang seterusnya iaitu temu duga tetapi saya gagal. Masa tu rasa sedih sangat sebab kami berkumpul untuk menyemak keputusan ujian tersebut. Melihat kejayaan mereka membuatkan saya rasa cemburu dan kecewa. Saya berasa seolah-olah sayalah yang paling teruk antara kami bertujuh. Apabila diberitahu kepada bapa tentang berita sedih tersebut, dia cuba berlagak seperti biasa namun nada kecewanya jelas kedengaran. Dia cuba memujuk hati saya untuk tidak terlalu kecewa.
Kerana perasaan kecewa yang teramat, saya tidak keluar rumah selama dua hari untuk menenangkan diri. Setelah perasaan kecewa beransur hilang, saya mendapat berita bahawa permohonan saya untuk memasuki tingkatan 6 telah diluluskan kerana sebelum itu saya telah menolak tawaran ke matrikulasi. Saya menolak tawaran matrikulasi kerana berasa tidak mampu untuk belajar subjek sains . Saya mencuba nasib untuk mengambil subjek sastera di tingkatan 6. Saya memilih aliran seni kerana saya amat meminati subjek seni tambahan pula saya juga telah mengambil subjek seni sebagai subjek tambahan dalam SPM, Ketika itu banyak orang di sekeliling mempersoalkan kenapa memilih tingkatan 6 sedangkan mempunyai asas dalam aliran sains. Saya hanya mampu tersenyum dan pesan pada diri sendiri bahawa "Kejayaan tidak bergantung pada aliran yang kita ceburi". Sememangnya dikatakan bahawa pelajar aliran sains ini hebat tetapi setiap aliran mempunyai kekuatan masing-masing. Sehingga bapa saya sendiri terpengaruh dengan kata-kata orang sekeliling. Namun setelah saya menerangkan tentang keinginan saya untuk mencuba aliran sastera dan minat saya dengan subjek seni, dia pun mempertimbangkan dan memberi sokongan .
Perasaan saya semasa mula-mula memasuki tingkatan 6 adalah sedikit cuak kerana menurut maklumat yang saya terima, STPM tergolong dalam peperiksaan yang tersusah. Pelbagai persoalan saya tolak ke tepi kerana saya percaya tiada perkara yang mustahil kalau berusaha. Setelah belajar selama setahun setengah di tingkatan 6 dan mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran, akhirnya saya dapat lulus dengan cemerlang dalam STPM. Di sini saya kongsikan gambar-gambar semasa berada di tingkatan 6.
Dan akhirnya saya tamat tingkatan 6 dengan jayanya kerana sokongan daripada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan. Sepanjang 3 semester di tingkatan 6, menipulah jika saya katakan saya tidak pernah rasa putus asa. Malah rasa berputus asa sering kali dirasakan. Namun berkat kesabaran dan dorongan orang sekeliling, saya gagahi jua semangat untuk terus melangkah. Walaupun tidak terlintas di fikiran saya bahawa saya akan menceburi bidang seni, namun takdir telah mengatur perjalanan bidang yang saya ambil. Seorang yang pernah bercita-cita untuk menjadi guru Bahasa Inggeris sekarang telah melupakan cita-cita tersebut malah mempunyai impian baru iaitu untuk menjadi seorang guru Pendidikan Seni Visual. Dengan keputusan STPM yang dalam genggaman, saya memohon IPTA melalui sistem UPU dengan membeli nombor pin UPU seperti yang diminta. Dalam permohonan tersebut saya meletakkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) Dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai pilihan pertama. Saya juga memohon untuk memasuki Universiti Sains Malaysia untuk program Pendidikan TESOL. Setelah keluarnya keputusan UPU, saya berasa sangat terkejut kerana saya ditawarkan program ISMP (Seni) di UPSI dan ISMP (Sastera) di USM. Masa tu perasaan saya bercampur-baur. USM adalah universiti impian saya manakala program yang ditawarkan di UPSI merupakan program yang saya minat. Masa untuk saya memilih tidak lama kerana saya terpaksa menguruskan semuanya dengan segera. Pada masa yang sama, saya mendapat tahu bahawa ada dua orang lagi rakan saya yang dapat tawaran dari UPSI dan hanya saya seorang yang ditawarkan di USM. Saya turut meminta pendapat ibu bapa. Dan semestinya mereka menggalakkan saya untuk ke UPSI kerana ada teman dan bimbang akan saya keseorangan jika memilih USM. Namun, cikgu-cikgu di sekolah pula mencadangakan agar saya memilih USM. Masa tu sangat keliru dan akhirnya saya telah membuat keputusan untuk memilih UPSI kerana minat saya cenderung ke bidang seni.
Oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan, ibu bapa saya tidak dapat bersama menghantar saya ke UPSI tetapi hanya mampu menghantar saya ke lapangan terbang. Begitu juga dengan dua orang rakan saya yang lain. Kami bertiga tidak ditemani oleh ahli keluarga. Perasaan kami bertiga hanya Allah yang tahu betapa sedihnya. Itu adalah kali pertama berpisah jauh dari keluarga dan pertama kali menaiki kapal terbang. Semasa hendak memasuki balai perlepasan rasa sebak yang tidak terhingga saat memeluk kedua-dua ibu bapa. Oleh kerana saya merupakan anak sulung daripada 7 orang adik-beradik, rasa susah hati untuk meninggalkan kedua orang tua sangat berat kerana saya tahu macam mana beratnya beban yang mereka berdua pikul untuk membesarkan adik-adik dan juga saya. Untuk menghantar saya belajar di UPSI pun sudah cukup susah. Jika diikutkan hati, ingin sahaja saya melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran untuk mencari kerja membantu mereka berdua. Tetapi bapa membantah keras. Katanya "belajarlah setinggi yang mampu, nanti orang dah tak pandang hina kita, nanti orang hormat kita, kamu pun akan senang di masa depan. Ibu bapa hanya boleh tumpang kesenangan dan gembira sahaja melihat kejayaan anak-anak. Selagi bapa mampu, jangan risau. Bapa akan tetap berusaha menghantar kamu sekolah tinggi-tinggi untuk capai cita-cita". Demi mereka berdualah saya kuat untuk terus melangkah. Pengalaman pertama kali menaiki kapal terbang sememangnya tidak dapat dilupakan. Setibanya di KLIA, kami bertiga dijemput khas oleh senior dari UPSI yang mengurus pengangkutan untuk pelajar dari Sabah dan Sarawak. Bertuahnya saya apabila bertemu dengan kenalan yang pernah sama-sama temu duga pada hari pendaftaran yang juga berasal dari Sarawak. Dia juga ditawarkan program yang sama. Akhirnya kami berdua mendaftar bersama dan dapat satu bilik yang sama. Semasa orientasi bermula, kami berdua bertemu pula dengan dua lagi rakan dari Sarawak yang dikenali semasa temu duga di Kuching, Sarawak dulu. Kami berempat akhirnya menjadi makin akrab sehinggalah hari ini.
Namun hidup tidak akan lengkap kalau tiada ujian. Bermulanya kehidupan saya di UPSI, bermulalah segala cabaran yang perlu saya tempuh. Kerana ujian yang menimpa sering kali membuatkan saya rasa berputus asa dan mempersoalkan pilihan yang telah saya buat. Di sini saya diuji dengan pelbagai dugaan. Dengan masalah duit PTPTN yang tidak diluluskan, kos yang saya perlukan untuk subjek seni sememangnya agak mahal dan saya terpaksa belajar hidup berdikari tanpa bergantung pada ibu bapa. Kesusahan yang saya alami di sini jarang sekali diceritakan kepada ibu bapa di kampung kerana khuatir mereka akan risau. Saya tidak mahu menambahkan lagi beban yang mereka tanggung. Saya berusaha dan bertungkus-lumus seorang diri di sini mencari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah. Namun kawan-kawan di sini lah banyak membantu dan memberi kekuatan untuk saya bertahan. Tapi di sini juga saya berasa seronok mengenali rakan-rakan baru dari negeri yang berlainan. Kami turut bersama mencipta kenangan manis bersama dengan membuat kerja projek dalam satu kumpulan.
Kami juga pernah mengunjungi galeri pelukis terkenal negara iaitu Profesor Awang Damit Ahmad di Teluk Panglima Garang, Selangor.
Dan baru-baru ini kelas kami telah membuat satu rombongan untuk meneroka tempat iaitu di Diamond Creek Behrang Ulu di samping membuat tugasan tentang 'Art Stone'. Di sanalah kenangan tercipta dengan pengalaman mendaki ke puncak air terjun buat pertama kalinya.
Perjalanan saya untuk menuju kejayaan belum lagi berakhir di sini. Perjalanan ini masih panjang dan berselirat. Tiada siapa yang mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa akan datang kerana sebaik-baik perancangan adalah Allah SWT. Kita hanya perlu mengikut apa yang telah di atur dengan cantiknya untuk kita. Kadang-kadang apa yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita dan apa yang kita tidak suka itulah yang terbaik buat kita sebenarnya. Jalan untuk menuju kejayaan tidak terhad kepada satu jalan sahaja. Ianya banyak cabang. Terpulang kepada kita hendak memilih jalan yang mana. Yang pastinya, tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya tidak akan datang kejayaan itu tanpa kegagalan.
Sekian sahaja coretan panjang saya. Coretan ini sengaja untuk menceritakan pengalaman yang telah saya lalui sekali gus diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pembaca untuk memilih jalan menuju kejayaan. Semoga kita sama-sama mencapai kejayaan yang hakiki. AMIN YA RABBAL ALAMIN..........

Monday, 21 November 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)